BIJAK MEMBELI, MENANG MEMAKAI.. KENALPASTI MODEL PENAPIS AIR YANG SESUAI MENGIKUT KEPERLUAN ANDA..
Dengan kecanggihan teknologi yang semakin berkembang, terdapat pelbagai jenis model penapis air yang terdapat dipasaran. Tidak kurang juga dengan penapis air Coway. Di Coway, kami juga menawarkan pelbagal model penapis air berteknologi tinggi yang pastinya memenuhi keperluan anda sekeluarga. Model penapis air Coway memberi tumpuan kepada keadaan air di Malaysia dan direka bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia. Berdasarkan keadaan air di Malaysia yang sering terputus bekalan air bersih, penapis air Coway direka dengan tangki berkapasiti lebih dari 5 liter. Dengan penapis air berkapasiti tinggi, anda tidak perlu lagi risau jika bekalan air anda terputus.
Sebelum mengenalpasti model penapis air terbaik buat anda seisi keluarga, mari kita teliti dahulu serba sedikit berkaitan Coway. Apa itu Coway?? Kenapa mesti Coway?? Persoalan tersebut sering menjadi tanda tanya pengguna.
Coway adalah syarikat pengeluar penulen udara dan penapis air terbesar Korea Selatan. Sejak
penubuhannya pada tahun 1989, coway telah mendapat pelbagai pengiktirafan bagi produk dan kualiti perkhidmatan di dalam dan di luar negara. Pemasangan penapis air Coway dilakukan sepenuhnya di kilang Coway di Yugu. Kesemua proses pembuatan dan pemasangan di kilangnya juga mendapat sijil akreditasi HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Coway juga telah mencatatkan jualan sebanyak 800,000 pelanggan di Malaysia ketika ini. Berdasarkan statistik, sekaligus membuktikan bahawa Coway adalah pilihan No.1 rakyat Malaysia.
Bagi membantu pengguna dalam mebuat pilihan yang tepat dalam memilih model penapis air, kami menyediakan ciri-ciri asas yang wajib bagi penapis air Coway.
Ciri-ciri wajib penapis air coway antaranya ialah:
- Child Lock: Fungsi air panas sentiasa berkunci untuk elakkan anak kecil terkena air panas
- Low water indicator: Warning light akan menyala jika air tidak masuk dalam tangki simpanan
- Temperature/Water level indicator: Fungsi ni untuk memudahkan anda untuk memantau paras air dan suhu.
- Power saving mode: Penapis Air Coway terkenal dengan ciri istimewa iaitu sangat jimat elektrik. Jadi tak hairan lah purata bil elektrik Cuma RM4-10 sahaja sebulan.
Ciri-ciri asas diatas adalah ciri-ciri yang wajib terdapat pada penapis air Coway. Yang membezakan penapis air Coway adalah kapasiti airnya. Pemilihan kapasiti air Coway ditentukan dengan mengambil kira jumlah isi rumah anda dan seberapa kerap anda menggunakan penapis air Coway sehari. Jika anda mempunyai isi rumah yang ramai, sudah tentu model penapis air Coway dengan tangki berkapasiti besar amat bersesuaian dengan keperluan anda. Selain tu anda juga anda boleh memilih model penapis air yang diletakkan atas cabinet dapur atau yang standing type. Kedua-duanya mempunyai keistimewaan masing2 dan rekaan yang cantik akan menyerlahkan lagi dekorasi dapur anda.
Bersesuaian dengan keperluan rakyat Malaysia, Coway mampu menjadi penyelesaian kepada pemasalahan pengguna untuk mendapatkan suhu air yang sempurna. Dengan adanya penapis air Coway, anda tidak perlu lagi membazirkan masa untuk:-
- memasak air panas,
- mengisi air dalam botol dan menyimpan dalam peti ais untuk menjadikannya air sejuk.
- menyimpan banyak botol air.
Tujuan Coway memperkenalkan rangkaian penapis air adalah untuk:-
- Membekalkan air yang bersih dan berkualiti kepada anda.
- Mengelakkan anda sekeluarga daripada meminum air berklorin, air berkarat, air kotor dan berbakteria.
- Menjaga kesihatan anda sekeluarga dengan air yang bersih. Air merupakan keperluan seharian kita, jika air yang kita minum kotor. Kemungkinan untuk dijangkiti penyakit adalah sangat tinggi
- Mejimatkan masa, tenaga anda.
- Memudahkan anda di dapur, terutamanya untuk menyediakan susu anak, air minuman.
- Menyelesaikan masalah ruang dapur dan peti sejuk yang terhad.
- Memudahkan anda untuk dapatkan air bersih setiap masa tanpa perlu membeli di kedai.
Ramai yang mengambil mudah dan tidak menghiraukan tentang kebersihan air. Tanpa mengambil tahu kandungan sebenar di dalam air, rakyat Malaysia sering kali membuat kesimpulan bahawa air yang jernih adalah air yang bersih dan selamat diminum. Kandungan utama yang terdapat di dalam air minuman kita adalah klorin.
Tujuan klorin adalah untuk mematikan kuman, tetapi air berklorin juga tidak elok untuk tubuh badan manusia. Dengan mempertimbangkan kandungan yang terdapat di dalam air, penapis air Coway direka dengan tapisan yang mampu membasmi klorin, kuman, mineral berat, karat serta wabak penyakit air. Tak pernah lagi kan anda dengar dalam akhbar tentang pengguna yang jatuh sakit bila pakai penapis air Coway, betul tak?
Tapi anda selalu dengar tentang orang yang sakit disebabkan air tidak dimasak dengan betul atau pencemaran air yang menyebabkan ramai yang jatuh sakit atau terkena wabak. Sebelum terkena, ramai yang tidak ambil peduli, bila dah jatuh sakit dan dapat pula bil hospital baru terasa banyak duit yang keluar. Ramai yang tidak tahu betapa pentingnya pencegahan daripada merawat.
Pilihan ditangan anda. Anda pilih yang mana? Mencegah atau merawat? Dikira-kira, apalah sangat belanja RM3.90 sehari untuk air yang bersih dan berkualiti untuk keluarga anda? Teh Tarik kat restoran pun dah RM2.30 segelas, itupun sekali minum untuk sorang sahaja. Bebanding dengan Coway hanya RM3.90 untuk seisi keluarga untuk sehari. Kalau 6 orang isi rumah baru 70sen seorang.
Dah ready nak tengok model penapis air Coway? Jom tengok jadual perbandingan kat bawah ni. Anda boleh bandingkan model mana yang anda rasa sesuai untuk keluarga anda. Ingat, bijak membeli menang memakai..
Model | Neo | Petit | Villaem (Best Selling) | Harry |
Core (Best Selling)
|
| | | | | |
Jenis Model
| Table top | Table top | Table top | Standing | Standing |
Jenis air |
Air mineral
| Air RO | Air RO | Air mineral |
Air RO
|
Suhu |
3 suhu
| 3 suhu | 4 Suhu | 3 suhu |
3 suhu
|
Kapasiti |
5.8 Liter
| 6.4Liter | 12.1 Liter | 12.0 liter |
22 liter
|
Air panas |
1.0 liter
| 1.2 liter | 1.2 liter | 3.0 liter |
3.6 liter
|
Air Suam
| – | – | 1.2 liter | – |
–
|
Air Sejuk |
2.3 liter
| 2.3 liter | 3.7 liter | 3.0 liter |
6.0 liter
|
Air Biasa |
2.5 liter
| 3.0 liter | 6.4 liter | 3.0 liter |
11.5 liter
|
Child lock |
√
| √ | √ | √ |
√
|
Power saving mode |
√
| √ | √ | √ |
√
|
Low water indicator |
√
| √ | √ | √ |
√
|
Temperature indicator |
√
| √ | √ | √ |
√
|
Isi rumah (orang) |
1-4
| 1-4 | 1-6 | 4-6 |
5-10
|
Ciri-Ciri istimewa
| Ergonomic design
Slim design
| Intelligent touch
Amaran air panas
| 4 suhu air
Pusing tombol untuk suhu air yang berbeza
| Super slim design |
Braille system untuk yang cacat penglihatan
|
Berat mesin
| 18.0 kg | 18.7kg | 22.3kg | 27.0kg |
32.8kg
|
Ukuran (lebar x Panjang x tinggi)
| 26 x 48.3 x 50cm |
26 x 44 x 51cm
| 34 x 52.3 x 51.8 cm | 26 x 44.8 x 115 cm |
37 x 49 x 125.7 cm
|
Sewa bulanan (RM)
| 85(promo) | 113 | 118 | 123 |
132
|
Tunai (RM)
| 3,340 | 3,490 | 3,580 | 3,960 |
4,330
|